Monday, January 3, 2011

KENYATAAN RASMI PROGRAM PADA WAKTU MALAM


Salam , Kepada PJS, Pelapis, Pimpinan Komuniti dan Staff Cawangan HPA Malaysia
Sehubungan dengan isu program khusunya di waktu malam, berikut adalah kenyataan resmi dari AWM.
Semua program cawangan boleh menjalankan program pada waktu malam seperti sedia kala dengan saranan dari pihak AWM mematuhi aturan dan etika yang di tetapkan. Diantaranya adalah seperti berikut;
1. Bagi wanita di sarankan datang bersama mahram bagi mengelakan salah faham.
2. Program hendaklah di tamatkan selewat-lewatnya jam 11.00 malam bagi membolehkan semua aktiviti lain seperti pengurusan di cawangan selesai sebelum 12.00 malam.
3. Mematuhi peraturan seperti menjaga harta, kebersihan dan hal hal yang berkaitan dengan cawangan.

Salam Tahun Baru 2011

 Tahun 2011 ini kita akan membuat beberapa pembaharuan seperti berikut;
1. Penajaan semula akan di benarkan kepada pengedar yang tidak melakukan maintain bersyarat 50NM selama tempoh setahun(12 bulan). Ini bermakna sekiranya sesaorang yang ingin di taja harus dipastikan ia tidak melakukan aktiviti minima maintain 50NM dan tidak mengambil kira tahun bila ia menjadi pengedar HPA. Ini juga termasuk membolehkan mereka yang melakukan pembelian di bawah 50NM boleh di taja semula.
2. Program perlatihan Pelapis akan di buat di setiap zon selewatnya bulan April 2011 dan diminta semua Presiden Pelapis menghubungi En Kamal untuk menentukan tarikh perlatihan.
3. Semua program PBC akan di teruskan dan disusun oleh PJS mengikut zon masing masing. PBC Mega di sarankan minima tiga bulan sekali di setiap zon.
4. Semua agen stok akan mulai menggunakan sistem pengurusan online selewat-lewatnya Jun 2011 bagi memudahkan penghantaran dan kawalan data oleh pihak MIS.

JEMPUTAN KE PROGRAM BENGKEL AGEN STOK

Program Bengkel Agen Stok Khusus untuk Pengetahuan Produk. Maklumat program adalah seperti berikut : -

TARIKH : 06 JANUARI 2011M / 01 SAFAR 1432H
MASA : 8.00 PAGI - 7.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN UMAR MUKHTAR
TINGKAT ATAS RFC
LOT 95-97 JLN LAGENDA 1 LAGENDA HEIGHT
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN
PENYERTAAN : TERHAD KEPADA 200 ORANG